Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang Yb Dato Seri Shahaniza Shamsuddin (duduk dua dari kanan) mlepepaskan 1,000 ekor ikan kelah & 10,000 anak ikan lampam ketika hadir merasmikan Hammock Camping Gathering kali ke 3 di Taman Eko Rimba Lubuk Yu - Foto Nazirul Roslan |
KAWASAN perkelahan Ecopark Lubuk Yu, Kampung Kuala Sentul, Maran, akan dijadikan pusat aktiviti 'hammock' (perkhemahan) peringkat dunia berikutan persekitarannya yang menarik.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Pahang Datuk Shahaniza Samsuddin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan negeri serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk merealisasikan hasrat itu.
Katanya, kawasan Ecopark Lubuk Yu dipilih berikutan kemudahan di pusat perkelahan itu lengkap bagi golongan remaja menjalankan aktiviti serta memenuhi keperluan pengunjung.
"Tambahan pula kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha golongan remaja yang ingin menganjurkan aktiviti riadah selain memberi peluang meningkatkan ekonomi negara," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Hammockers Gathering 2017, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan tidak pernah menolak permintaan golongan remaja untuk menganjurkan aktiviti yang boleh membina sahsiah serta keperibadian generasi muda.
Katanya, pusat perkelahan Lubuk Yu sentiasa diberikan perhatian agensi pembangunan di Maran termasuk pemeriksaan kualiti air oleh Jabatan Kesihatan serta pembersihan kawasan dilakukan Majlis Daerah Maran.
Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, golongan remaja disaran mengambil peluang mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang ketika aktiviti berkenaan diadakan.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment